Enam juta warga emas perlu dijaga 2040 - Utusan Malaysia

Enam juta warga emas perlu dijaga 2040

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Sept.- Kerajaan perlu menjaga kebajikan kesihatan rakyat berumur 65 tahun dan ke atas yang akan mencecah enam juta orang menjelang 2040.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata, perkara ini akan meningkatkan lagi beban yang signifikan kepada kerajaan untuk menyediakan kemudahan kesihatan mencukupi kepada golongan tersebut yang mewakili 14.5 peratus populasi.

Sehubungan itu, katanya, anjakan paradigma perlu dilakukan dalam dasar kesihatan dan penjagaan kesihatan demi kehidupan rakyat yang lebih baik.

“Kemudahan kesihatan awam akan mengalami peningkatan cabaran dalam menyediakan penjagaan berkualiti, untuk diterima umum selain memiliki sumber-sumber yang terhad.

“Peningkatan penyakit tidak berjangkit (NCD) bersama-sama peningkatan usia rakyat menjadi bebanan signifikan kepada kerajaan untuk menyediakan kemudahan yang mencukupi,” katanya sewaktu berucap merasmikan Konvensyen Saintifik Tahunan Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM) kali kedua di Hotel Sunway Putra, di sini hari ini.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Penganjur Konvensyen, Dr. Steven Chow. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN