KULAI – Empat lelaki dipercayai sesat selepas melakukan aktiviti mendaki Gunung Pulai 2 di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Dzulkhairi Mukhtar, kehilangan empat lelaki terbabit disedari selepas mangsa menghubungi talian kecemasan 999 kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.
“Pusat Kawalan Daerah (DCC) Kulai telah menerima maklumat dari talian 999 mengenai empat pendaki sesat di Gunung Pulai 2.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Pada pukul 12.05 tengah hari, anggota dapat menghubungi mangsa yang memaklumkan dalam keadaan baik,” katanya.
Dzulkhairi berkata, sehingga kini pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih belum menemui mangsa. – K! ONLINE











