KUALA LUMPUR – Filem seram Munafik 2 arahan Syamsul Yusof semakin menggila di pawagam apabila kini sudah mencatat RM21.6 juta kutipan hanya selepas empat hari ditayangkan. Sekali gus kutipan itu memadam rekod filem Hantu Kak Limah yang sebelum ini mengutip RM9 juta selepas empat hari ditayangkan. Perkara berkenaan disahkan oleh Syamsul sendiri menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi yang menyatakan kutipan itu bermula pada hari pertama tayangan sehingga semalam. “Allah memungkinkan…










