BEIJING 23 Sept. – China Communications Construction Company (CCCC), kontraktor bagi Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sejauh 688-kilometer, berharap kerajaan Malaysia tidak mengambil masa lama bagi melakukan semakan semula projek tersebut. Naib Presidennya, Sun Ziyu berkata, ECRL merupakan projek yang amat terjejas sejak kerajaan baharu mengambil alih pentadbiran Malaysia dan menyifatkan nilai kontrak itu tinggi berikutan aspek penjajarannya yang sukar serta jarak landasan yang panjang dan perlu dilakukan menerusi…










