KUALA LUMPUR 5 Sept. – Kewujudan sukan elektronik (e-sport) tidak akan meminggirkan sukan konvensional, sebaliknya ia adalah tambahan kategori dalam acara sukan. Malah, sukan fizikal akan terus diperkasakan disamping kemasukan kategori e-sport sebagai pengiktirafan kepada aktiviti anak muda sekarang. Menurut Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, perkembangan teknologi dan minat orang dalam permainan game semakin bertambah dan ia wajar diiktiraf dalam temasya sukan termasuk Sukan Malaysia (Sukma)…










