SUNGAI PETANI – Seorang duda berusia 46 tahun ditahan selepas polis menemui 46 ketulan mampat dadah disyaki ganja bernilai RM112,500 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Permatang Pasir, Kota Kuala Muda di sini kelmarin. Dalam serbuan kira-kira pukul 11 pagi itu, polis turut menahan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang merupakan anak kepada duda tersebut. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, serbuan menemui…










