BARBOSA, Colombia – Dua orang remaja di sini menjadi korban terbaharu permainan online Momo Challenge selepas mereka dikatakan membunuh diri semasa menyahut cabaran bermain melalui aplikasi WhatsApp. Kejadian yang menimpa remaja perempuan berusia 12 tahun dan remaja lelaki berusia 16 tahun itu berlaku dalam tempoh hanya 48 jam di bandar Barbosa yang terletak di kawasan Santander, barat laut Colombia. Media tempatan melaporkan, mayat remaja lelaki itu ditemui dahulu dan dia…










