Dua remaja dikhuatiri lemas - Utusan Malaysia

Dua remaja dikhuatiri lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 10 Sept. – Dua remaja dikhuatiri lemas selepas hilang ketika sedang bermandi-manda di Pantai Batu Layar, Kota Tinggi pagi tadi.

Dua mangsa yang juga bersaudara itu adalah Noor Rahimi Fithri Ismail, 19, dan Muhammad Norhakimi Rejab, 20.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Penawar, Mohd. Fadhlu Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pukul 8.32 pagi sebelum sebuah jentera bersama lapan anggota bergegas ke tempat kejadian.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat sehingga kini masih dijalankan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN