Dua remaja dikhuatiri lemas di Pantai Batu Layar - Utusan Malaysia

Dua remaja dikhuatiri lemas di Pantai Batu Layar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI – Dua remaja dikhuatiri lemas apabila mereka dipercayai hilang ketika mandi-manda bersama keluarga di Pantai Batu Layar di sini pagi tadi.

Dua mangsa yang hilang itu ialah Noor Rahimi Fithri Ismail, 19, dan Muhammad Norhakimi Rejab, 20.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar, Mohd. Fadhli Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.32 pagi sebelum bergegas ke lokasi bersama lapan anggota.

“Kami diberitahu mangsa merupakan bersaudara dan mereka ke pantai ini bersama keluarga untuk berkelah dan ketika kejadian air laut pasang sebelum mangsa hilang.

“Operasi mencari dan menyelamat kedua-dua mangsa masih diteruskan di kawasan laut dan sehingga kini mereka masih belum ditemui,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – K! ONLINE.
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN