SEMPORNA – Dua individu warganegara asing dipercayai diculik di perairan Pulau Gaya di sini kira-kira pukul 1 pagi tadi.
Menurut seorang pemilik bot difahamkan dua mangsa culik tersebut merupakan warganegara Indonesia.
Bagaimanapun, butiran lengkap mengenai kedua-dua mangsa dan insiden terbabit masih belum diperoleh. – K! ONLINE









