BANGKOK 11 Sept. – Dua penyeludup dadah maut dalam pertempuran bersenjata dengan anggota Biro Pembanterasan Narkotik Thailand (NSB) di kawasan pergunungan Chiang Rai, berhampiran sempadan negara itu dengan Myanmar, malam semalam. Menurut Ketua NSB, Leftenan Jeneral Sommai Kongvisaisuk, anggotanya merampas 27 guni berisi pelbagai jenis dadah termasuk serbuk dan ketulan heroin, ‘Ice’ (Crystal Methamphetamine) seberat 60 kilogram dan kira-kira 2.7 juta biji tablet Methamphetamine. “Dalam rondaan malam tadi, anggota NSB bertembung…










