KUANTAN 18 Sept. -Dua lelaki termasuk seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut selepas motosikal ditunggang mereka bertembung di Kilometer 6 Jalan Ibam-Rompin dekat sini hari ini. Mereka yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 6.50 pagi itu ialah Maidi Dahdi, 38, dari TUDM Ibam dan pengawal keselamatan Politeknik Muadzam Shah, Muhammad Izad Alias, 27. Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azli Mohd. Noor berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku…










