Dua penunggang maut - Utusan Malaysia

Dua penunggang maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 18 Sept. – Dua lelaki yang masing-masing seorang pengawal keselamatan dan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut selepas motosikal ditunggangi mereka bertembung di Kilometer 6, Jalan Ibam, Rompin dekat sini hari ini.

Kejadian pada pukul 6.50 pagi itu meragut nyawa Maidi Dahdi, 38, dari Pangkalan TUDM Ibam dan pengawal keselamatan Politeknik Muadzam Shah, Muhammad Izad Alias, 27.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku semasa Muhammad Izad dalam perjalanan ke Muadzam Shah manakala Maidi menghala ke Ibam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kemalangan berlaku apabila motosikal ditunggang Muhammad Izad dipercayai terbabas dan memasuki jalan bertenta­ngan lalu merempuh Maidi,” katanya di sini hari ini.

Menurut Azli, Maidi maut di tempat kejadian manakala Muhamad Izad meninggal dunia di Hospital Muadzam Shah pada pukul 8.15 pagi ini dan siasatan lanjut berhubung kejadian masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini