ALOR SETAR 10 Sept. – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini hanya mempertimbangkan dua kerusi Parlimen untuk ditandinginya berbanding tiga sebelum ini. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, Anwar mengesahkan perkara tersebut ketika bakal Presiden PKR itu menghubunginya kira-kira pukul 1 pagi tadi. Katanya, kerusi Parlimen di utara tanah air sudah terkeluar daripada menjadi pilihan Anwar Ibrahim untuk beliau kembali ke Dewan Rakyat dalam masa terdekat.…










