Dua nelayan selamat selepas sampan karam dipukul ombak - Utusan Malaysia

Dua nelayan selamat selepas sampan karam dipukul ombak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT – Dua nelayan ditemui dalam keadaan selamat selepas sampan yang dinaiki mereka dipercayai dipukul ombak sebelum karam di Perairan Pantai Remis di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, mangsa merupakan nelayan tempatan berusia dalam lingkungan 30 hingga 40-an yang bekerja dengan seorang peniaga dipercayai menaiki sampan untuk menangkap ikan di kawasan itu.

Jelasnya, kira-kira pukul 10.15 malam tadi, anak peniaga itu memaklumkan bahawa sampan yang dinaiki dua lelaki itu terbalik dan mereka terjatuh ke dalam laut.

“Berdasarkan keterangan peniaga itu, sampan mereka dipercayai dipukul ombak besar ketika berada di kawasan tersebut.

“Polis telah memaklumkan kepada Pasukan Polis Marin, Maritim Malaysia dan bomba untuk membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Menurut Muhammad Hanif, sebelum itu, anak kepada peniaga itu telah menjumpai salah seorang daripada mangsa manakala seorang lagi masih gagal ditemui.

Jelasnya, operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan oleh tiga agensi itu berjaya menemui seorang lagi mangsa.

Tambahnya, kedua-dua mangsa masih hidup dan dijumpai dalam keadaan lemah berhampiran lokasi kejadian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN