Dua maut lori terjunam ke dalam gaung - Utusan Malaysia

Dua maut lori terjunam ke dalam gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK 17 Sept. – Seorang pemandu lori dan anaknya maut selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas sebelum me­rempuh besi penghadang jalan lalu terjunam ke gaung sedalam 50 meter dalam kejadian di Kilometer 15.3 Jalan Pengkalan Hulu – Gerik di sini hari ini.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 9.15 pagi itu, pemandu lori, Sharul Anuar Abdul Hamid, 46, bersama anaknya yang juga kelindan lori tersebut, Mohd. Ikhmal Sharul Anuar, 20, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, Deputi Superitenden Raduan Mohamad berkata, siasatan awal mendapati lori yang membawa muatan sekam padi itu dalam perjalanan dari arah Pengkalan Hulu menuju ke Gerik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiba di lokasi kejadian, kenderaan itu terbabas sendiri sebelum merempuh besi penghadang di tepi jalan.

“Insiden itu menyebabkan lori tersebut jatuh ke gaung sedalam 50 meter dan kedua-dua mangsa maut di lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, kedua-dua mang­sa kemudiannya dibawa ke unit forensik Hospital Gerik untuk dibedah siasat.

Kata Raduan, siasatan awal pihaknya mendapati kemalangan itu berlaku apabila pemandu lori tersebut gagal mengawal kenderaan semasa menuruni bukit.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini