Dua maut kereta terbabas - Utusan Malaysia

Dua maut kereta terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS 28 Sept. – Dua lelaki maut selepas kereta Proton Waja yang mereka naikki hilang kawalan dan merempuh pagar sebuah rumah di Kampung Kasa, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 1.45 pagi itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Syed Alwi Syed Mohamad, 41, dan rakanya Mohd. Shuhaidi Ab Rahman, 40, maut serta merta akibat kecederaan parah.

 Difahamkan, ketika kejadian kedua-dua rakan baik itu dari arah Pasir Mas menghala ke Tendong.

Memuatkan artikel berkaitan…

 Sejurus tiba ditempat kejadian, kereta yang di pandu Syed Alwi dipercayai dalam keadaan laju itu kemudian tidak dapat dikawal lalu terbabas dan merempuh pagar rumah.

 Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini