RASAH 5 Sept. – Dua lelaki warganegara Nigeria dan Ghana dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Seremban di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis methampetamine, dua tahun lalu. Pesuruhjaya Kehakiman, Muhammad Jamil Hussin menjatuhkan hukuman itu terhadap Chikonso Ansalem Okoli, 29, dan Desmond Owusu, 25, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Chikonso dan Desmond masing-masing merupakan pembantu restoran di Nilai dekat…










