SELAYANG – Dua lelaki yang menjadi tular membunuh seekor kucing betina bunting dalam mesin pengering pakaian di sebuah dobi layan diri di Gombak minggu lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas pertuduhan menyebabkan penderitaan terhadap haiwan tersebut. Kedua-dua tertuduh iaitu A.Mohanraj, 41, yang merupakan seorang pemandu teksi dan rakannya S.Satthiya, 26, yang bekerja sebagai juruteknik elektrik membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali. Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa telah dengan kejamnya menyebabkan penderitaan yang tidak sepatutnya terhadap seekor kucing…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya