Dua lelaki ditembak mati - Utusan Malaysia

Dua lelaki ditembak mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUNAK 21 Sept. – Dua tali barut Abu Sayyaf yang bersembunyi di pe­nempatan atas air, Kampung Kunak Tiga di sini maut ditembak ketika cuba melarikan diri daripada polis dalam operasi khas malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 10.45 malam itu, kedua-dua penjenayah yang turut mempunyai kaitan dengan kumpulan culik untuk wang tebusan (KFR) terlebih dahulu melepaskan tembakan ke arah polis ketika melarikan diri menggunakan sebuah bot pam.

Komander pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Hazani Ghazali berkata, terdahulu pada pukul 10.30 malam, pihak berkuasa itu me­lancarkan Op Gasak Khas E­ss­co­m di kampung berkenaan bagi membanteras jenayah dan mengesan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semasa Op Gasak Khas Ess­com dijalankan, dua lelaki menaiki bot pam berjaya melolos­kan diri dari kawasan serbuan menuju ke perairan Kunak lalu sepasukan anggota bertindak mengejar suspek dengan memberi amaran untuk mereka berhenti.

“Bagaimanapun suspek melepaskan tembakan ke arah polis menyebabkan anggota kami membalas tembakan tersebut ketika berada di perairan Pulau Bohayan, Kunak,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Staf Pusat Operasi Esscom, Briged Jeneral Datuk Mohd. Rahim Mohamad dan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Senior Asisten KomisionerJauteh Dikun.

Menurut Hazani, mayat kedua-dua suspek ditemukan dalam pam bot berkenaan dan pemeriksaan lanjut menemukan dua pucuk pistol revolver serta lapan butir peluru, sebilah pedang samurai dan beberapa lagi senjata berbahaya milik mereka.

Katanya, identiti kedua-dua suspek yang berumur 50-an dan tidak mempunyai dokumen perjalanan itu masih belum dikenal pasti manakala siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini