TELUK INTAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) cawangan Teluk Intan menahan dua lelaki dan merampas 730 liter minyak diesel bersubsisi bernilai RM1,591 dalam serbuan di sebuah stesen minyak di sini semalam. Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Suhaimi Dawi berkata, dua lelaki berusia 28 dan 46 tahun itu ditahan bersama sebuah lori dan kenderaan pacuan empat roda ketika membeli minyak di stesen itu pada pukul 3 petang. Katanya, serbuan dijalankan selepas risikan selama dua minggu mendapati terdapat kegiatan membeli bahan bakar itu dari stesen minyak sebelum dijual kepada syarikat dan industri. “Dua buah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya