DUNGUN – Dua lelaki berjaya ditahan polis tidak sampai 24 jam selepas disyaki terlibat dalam dua kejadian samun bersenjata kedai serbaneka 24 jam di bandar ini semalam. Kedua-dua suspek berusia 20 dan 22 tahun disyaki menyamun dua kedai serbaneka 24 jam terbabit yang masing-masing terletak di Wisma Bukit Besi dan Alor Tempoyak di sini dalam tempoh 20 minit bermula pada pukul 3 pagi. Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah…










