Dua lagi lelaki mati akibat keracunan metanol di Perak - Utusan Malaysia

Dua lagi lelaki mati akibat keracunan metanol di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Dua lelaki yang sebelum ini dilaporkan kritikal dan dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Bainun (HRPB) di sini selepas mengalami keracunan metanol kerana mengambil minuman beralkohol disahkan telah meninggal dunia. 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia, Hal Ehwal Pengguna dan Integrasi Nasional Perak, A. Sivanesan berkata, kematian terbaharu membabitkan lelaki berusia 41 dan 53 tahun itu menjadikan jumlah mangsa meninggal dunia akibat keracunan metanol meningkat kepada empat orang. 

“Dua lelaki yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HRPB sebelum ini masing-masing meninggal dunia pada semalam dan hari ini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seorang lagi mangsa berusia 35 tahun yang dilaporkan stabil dan dirawat di hospital sama telah dibenarkan keluar wad,” katanya ringkas ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi. 

Menurut Sivanesan, satu lagi kes terbaharu membabitkan keracunan metanol dikesan apabila seorang individu kini sedang dirawat di Hospital Taiping. 

Beliau bagaimanapun masih belum menerima butiran terperinci dan laporan penuh mengenai kematian dua mangsa yang kritikal itu termasuk kes terbaharu yang dikesan. 

Kosmo! Online pada Jumaat lalu melaporkan, dua lelaki disahkan maut manakala tiga lagi dirawat di HRPB di sini selepas dipercayai mengalami simptom keracunan metanol selepas meminum arak.

Siasatan mendapati kesemua mangsa mengalami simptom keracunan seperti kabur penglihatan, loya, muntah, sesak nafas, sakit perut dan sakit badan selepas minum arak jenis Grand Royal dan bir Kingfisher buatan India yang dipercayai dibeli di Bercham dan Tanjung Rambutan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini