Dua beranak maut lori bawa sekam padi terbabas masuk gaung - Utusan Malaysia

Dua beranak maut lori bawa sekam padi terbabas masuk gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENGKALAN HULU – Seorang pemandu lori dan anaknya maut selepas kenderaan yang membawa muatan sekam padi yang dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh besi penghadang jalan di Kilometer 15.3, Jalan Pengkalan Hulu – Gerik di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 9.15 pagi itu, pemandu lori, Sharul Anuar Abdul Hamid,46, bersama anak yang juga merupakan kelindannya, Mohd. Ikhmal Sharul Anuar, 20 disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, Deputi Superitendan Raduan Mohamad berkata, siasatan awal mendapati lori yang membawa muatan sekam padi dari arah Pengkalan Hulu menuju ke Gerik.

Anggota bomba sedang menyelamatkan salah seorang mangsa yang maut selepas lori yang membawa muatan s
Anggota bomba sedang menyelamatkan salah seorang mangsa yang maut selepas lori yang membawa muatan sekam padi terbabas masuk ke dalam gaung di Kilometer 15.3, Jalan Pengkalan Hulu – Gerik hari ini.

 

Jelasnya, sewaktu tiba di lokasi kejadian, kenderaan itu telah terbabas sendiri sebelum merempuh besi penghadang yang berada di tepi jalan.

“Insiden itu menyebabkan lori tersebut jatuh ke dalam gaung sedalam 50 meter.

“Kedua-dua mangsa maut di lokasi kejadian sebelum mayat mereka dibawa ke unit forensik Hospital Gerik untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online hari ini.

Menurut Raduan, siasatan mendapati, kemalangan itu berpunca apabila pemandu lori tersebut gagal mengawal kenderaan semasa menuruni bukit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN