SEREMBAN – Dua anggota polis trafik ditahan reman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung satu kes meminta rasuah di Seri Kembangan, Selangor, Mei lalu. Anggota polis masing-masing berpangkat lans koperal dan koperal terbabit disyaki berpakat meminta rasuah RM800 daripada seorang lelaki ketika kereta dipandunya bersama seorang pekerja lelaki warga Bangladesh ditahan berhampiran Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE). Perbuatan itu dipercayai…










