Dua anak tiri Nazrin direman - Utusan Malaysia

Dua anak tiri Nazrin direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Polis menahan dua anak tiri kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn. Bhd., Allahyarham Nazrin Hassan yang mayatnya ditemui mati dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Damansara dekat sini pada 14 Jun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pihaknya mengesahkan penahanan kedua-dua remaja lelaki masing-masing berusia 14 dan 16 tahun berkenaan bagi membantu siasatan kematian Nazrin, 48.

“Kedua-dua anak tiri Nazrin ditahan di Taman Tun Dr. Ismail pada pukul 4 petang semalam (kelmarin) dan permohonan reman ke atas mereka telah dibuat pagi ini (semalam) di Mahkamah Majistret Petaling Jaya,” kata beliau ketika dihubungi semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN