KANGAR – Draf kaedah pembayaran balik hasil kajian holistik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi membantu peminjam membayar balik pinjaman mereka akan dibentangkan kepada Menteri Pendidikan dua minggu lagi dan dibawa ke Kabinet selepas dipersetujui, kata Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan. Beliau berkata, walaupun menanggung bebanan kerana jumlah hutang yang tidak dibayar oleh peminjam sangat tinggi, PTPTN mempunyai tanggungjawab untuk membantu peminjam melunaskan pinjaman mereka. “Saya tidak boleh dedahkan…










