Dr. Mahathir dan isteri tiba di Sabah - Utusan Malaysia

Dr. Mahathir dan isteri tiba di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 16 Sept. – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tiba di negeri ini pada pukul 1 petang untuk merasmikan sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka malam ini.

Beliau yang ditemani isteri, Tun Siti Hasmah Mohamad Ali disambut oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal bersama pemimpin-pemimpin kerajaan negeri sebaik tiba Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Kunjungan Dr. Mahathir ke negeri ini adalah yang pertama sejak kembali menjadi Perdana Menteri, malah sepanjang kempen pilihan raya umum Mei lalu, beliau tidak datang ke Sabah untuk berkempen.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN