PUTRAJAYA 26 Sept. – Pengerusi Maybank Asset Management Group, Dr. Hasnita Hashim dilantik sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang baharu. Perkara itu diumumkan dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini. Hasnita yang juga Ahli Lembaga Pengarah Maybank Banking Berhad itu mempunyai kelulusan doktor falsafah (PhD) dalam bidang Nuklear Fizik dari Universiti Oxford. Pejabat Perdana Menteri turut mengumumkan pelantikan enam ahli Majlis Mara…










