Dompet Timbalan Speaker DUN Sabah hilang dipercayai dicuri - Utusan Malaysia

Dompet Timbalan Speaker DUN Sabah hilang dipercayai dicuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 6 Sept. – Dompet milik Timbalan Speaker adewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk George Anthony Ginibun hilang dipercayai dicuri seorang lelaki di Damai Golf Club, Santubong di sini semalam.

Kehilangan dompet itu disedari beliau kira-kira pukul 5 petang ketika dalam perjalanan balik ke hotel.

Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa meletakkan dompetnya di atas ‘desk board Buggy’ dan dijaga seorang kedi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, beliau menyedari dompetnya hilang dan mengesyaki dilarikan kedi itu memandangkan kelibatnya tidak dijumpai semalam.

“Kad pengenalan, lesen memandu kelas D, kad pesara kerajaan, kad pengeluaran wang automatik (ATM), pas lawatan imigresen dan wang tunai RM1000 berada di dalam dompet itu,” katanya.

Difahamkan, beliau akan berada di Damai Golf Club untuk menyertai pertandingan Golf Fun Borneo Championship antara Brunei, Sabah dan Sarawak hari ini.

Tambahnya, polis sedang giat memburu lelaki berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini