Dompet milik Timbalan Speaker DUN Sabah hilang disyaki dicuri - Utusan Malaysia

Dompet milik Timbalan Speaker DUN Sabah hilang disyaki dicuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Dompet milik Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk George Anthony Ginibun dilaporkan hilang disyaki dicuri seorang lelaki di Damai Golf Club, Santubong di sini semalam.

Kejadian itu disedarinya kira-kira pukul 5 petang ketika beliau sedang dalam perjalanan balik ke hotel penginapannya.

Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa meletakkan dompetnya di atas ‘buggy’ dan dijaga oleh seorang kedi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, beliau menyedari dompetnya hilang dan mengesyaki dilarikan kedi berkenaan memandangkan kelibatnya tidak kelihatan selepas itu.

“Kad pengenalan, lesen memandu kelas D, kad pesara kerajaan, kad ATM Alliance Bank, pas lawatan imigresen dan wang tunai RM1,000 yang berada di dalam dompet itu hilang,” katanya di sini sebentar tadi.

Difahamkan, beliau akan menyertai pertandingan Golf Fun Borneo Championship antara Brunei, Sabah dan Sarawak di Damai Golf Club, Santubong di sini hari ini.

Kata sumber, polis sedang giat memburu lelaki berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. –  K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini