Doktor 53 tahun kemaruk seks - Utusan Malaysia

Doktor 53 tahun kemaruk seks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH – Seorang Ketua Jabatan Ortopedik sebuah hospital kerajaan di Lembah Klang yang didakwa terlibat dalam kes salah laku seksual terhadap sekurang-kurang­nya 38 doktor pelatih telah digantung tugas selama dua bulan berkuat kuasa semalam.

Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, keputusan menggantung tugas ketua jabatan itu yang sebelum ini diarah bercuti telah dibuat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dalam satu mesyuarat pada 14 September lalu.

Menurut Dzulkefly, Kementerian Kesihatan akan memulakan siasatan dalaman secara terpe­rinci pada minggu hadapan sebelum laporan siasatan itu diserahkan kepada SPA bagi tujuan penamatan perkhidmatan ketua jabatan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“KKM turut me­ngesyorkan Majlis Perubatan Malaysia untuk membatalkan lesen pengamal perubatan ketua jabatan yang berusia 53 tahun itu. Dia bagaimanapun berhak untuk tampil mempertahankan kedudukannya.

“Buat masa ini, dia digantung tugas mulai semalam (kelmarin) berdasarkan Perintah Tahan Kerja di bawah Peraturan 43 yang dikenakan terhadapnya,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan tertutup selama dua jam bersama pegawai dan kaki­tangan di Hospital Sungai Buloh dekat sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini