KUALA LUMPUR – Bersatu di belakang bekas wira badminton nombor satu dunia, rakyat Malaysia hari ini menyatakan kasih dan berdoa agar Datuk Lee Chong Wei akan mengekalkan semangat juangnya hingga ke puncak dalam perjuangan hidupnya menentang kanser. Mesej positif dan kata-kata dorongan terus mengalir ke akaun rasmi Instagramnya (@leechongweiofficial) sejak berita tentang penyakitnya tersebar pada Jumaat. Ucapan selamat bukan sahaja datangnya dari rakyat Malaysia tetapi juga peminat dari negara lain.…










