KUALA LUMPUR 23 Sept. – Jaguh-jaguh badminton dari seluruh dunia menggunakan media sosial untuk mengutus mesej bagi memberi semangat kepada Datuk Lee Chong Wei dan menghrapkan pemain perseorangan badminton negara itu tabah mengharungi dugaan setelah disahkan menghidap kanser hidung tahap awal. Antara yang memberikan mesej menerusi laman sosial itu termasuk ‘musuh ketat’ iaitu pemain No. 1 dunia Viktor Axelsen dari Denmark dan rakan senegaranya Peter Gade serta bekas juara Sukan…










