DJI lancar Mavic 2 Pro, Mavic 2 Zoom untuk pasaran tempatan - Utusan Malaysia

DJI lancar Mavic 2 Pro, Mavic 2 Zoom untuk pasaran tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Syarikat pengeluar dron terkenal, DJI Global, secara rasmi hari ini memperkenalkan DJI Mavic 2 Pro dan Mavic 2 Zoom untuk pasaran tempatan.

Pengarah Komunikasi DJI Global, Kevin On berkata, kedua-dua model itu hadir selepas kejayaan Mavic Pro yang dilancarkan dua tahun lepas.

Katanya, Mavic Pro berjaya mengubah pandangan orang ramai terhadap dron dan ia berjaya memberi ruang untuk seseorang itu berkarya dengan menggunakan teknologi tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hari ini, kita memasuki era baru dalam dunia fotografi udara dengan pengenalan Mavic 2 Pro dan Mavic 2 Zoom. 

“Ia membolehkan pengguna membawa inspirasi dan kreativiti mereka ke tahap yang lebih tinggi”, katanya ketika majlis pelancaran produk terbaharu DJI di Kelab Golf Tropicana dan Country Resort  hari ini.

Tambahnya, Mavic 2 dicipta dengan menerapkan konsep teknologi terbaharu iaitu kamera “gimbal-stabilized” dan ciri pintar tercanggih seperti “Hyperlapse” dan “ActiveTrack” untuk memudahkan penggambaran yang lebih dinamik.

Mavic 2 Pro ditawarkan pada harga RM6,599 manakala Mavic 2 Zoom pula pada harga RM5,699. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini