Ditetak kerana tempat letak kereta - Utusan Malaysia

Ditetak kerana tempat letak kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Gara-gara menegur seorang lelaki agar mengalih kenderaan, seorang penyelia trafik projek pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) ditetak menggunakan pedang samurai oleh seorang lelaki dalam kejadian di Jalan Alam Damai, Cheras di sini kelmarin.

Serangan ala samseng oleh lelaki berseluar pendek dan rambut berserabut itu dilakukan dari belakang ketika pekerja SUKE itu berjalan meninggalkan lokasi tempat dia menegur seorang pemilik kenderaan agar mengalihkan keretanya.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, pergaduhan berkaitan tempat letak kende­raan itu tercetus pada pukul 4.39 petang apabila mangsa yang berusia 25 tahun meminta seorang lelaki warga tempatan mengalihkan kenderaan milik­nya yang diletakkan di laluan keluar masuk tapak projek SUKE.

“Permintaan mangsa itu mencetuskan kemarahan pemilik kereta Proton Persona ber­kenaan yang kemudian menghubungi rakannya untuk datang ke lokasi tersebut bagi membantunya menyelesaikan pertengkaran itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN