Diplomat Malaysia siapkan program Perdana Menteri ke UNGA - Utusan Malaysia

Diplomat Malaysia siapkan program Perdana Menteri ke UNGA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK – Diplomat Malaysia di New York sedang menyiapkan program penuh lawatan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga akan menyampaikan ucapan pada  Perhimpunan Agung PBB ke-73 (UNGA).

Perdana Menteri dijangka tiba di New York pada minggu akhir bulan September untuk lawatan tiga hari.

Menurut sumber PBB, Mahathir akan menyampaikan ucapannya di UNGA pada 28 September.

Sesi ke-73 sesi UNGA dibuka pada 18 September dengan Menteri Luar Ecuador, Maria Fernanda Espinosa Garces meneruskan tugasnya sebagai Presiden. Beliau adalah wanita keempat yang memegang jawatan itu dalam sejarah UNGA dan yang pertama sejak tahun 2006.

Bercakap kepada Bernama di pejabatnya, Wakil Tetap Malaysia ke PBB, Duta Besar, Datuk Shahrul Ikram Yaakob berkata, bahawa beliau dan kakitangannya kini sibuk mempersiapkan lawatan Perdana Menteri di mana para pemimpin dan tokoh dari seluruh dunia akan berada di New York pada minggu berkenaan. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN