APABILA orang politik bercakap soal kesetiaan, pantun empat kerat yang cukup ikonik ini memang tidak boleh dipisahkan: Angkut-Angkut terbang ke langit, Sampai di langit dimakan merbah, Biar tertangkup bumi dengan langit, Setia saya takkan berubah. Namun hakikatnya, politik dan kesetiaan lebih mirip kepada situasi minyak dan air iaitu keduanya harus terpisah. Bukan sahaja ideologi sekular atau nasionalis, malah parti berasaskan Islam juga tidak dapat lari daripada berdepan persimpangan kesetiaan pemimpin…










