DHAKA 5 Sept. – Penunggang motorsikal di bandar raya ini yang tidak memakai topi keledar tidak akan dibenarkan membeli dan mengisi minyak. Perkara itu diumumkan oleh Jabatan Polis Dhaka semalam selepas puluhan ribu penunjuk perasaan yang terdiri daripada golongan remaja serta pelajar mengadakan protes selama sembilan hari pada akhir Julai dan awal Ogos lalu bagi menuntut tahap keselamatan jalan raya ditingkatkan. Jurucakap polis, Asaduzzaman Mia berkata, pemilik-pemilik stesen minyak turut diingatkan supaya tidak menjual petrol kepada mana-mana penunggang motorsikal yang tidak memakai topi keledar. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya