Semasa berada di sekolah rendah penulis diajar dengan tegas dan berhikmah oleh emak serta abah untuk bersyukur dengan segala nikmat yang ada. Ini termasuk nikmat belajar di sekolah, dapat makan nasi tiga kali sehari dan paling seronok menonton siri The Incredible Hulk selepas berita TV1 RTM. Selepas menonton mulalah penulis berangan-angan menjadi David Banner lakonan mendiang Bill Bixby. Semasa itu tubuh masih kurus kering berbanding sekarang seperti Hulk itu sendiri.…










