LONDON 26 Sept. – Jose Mourinho kecewa dengan sikap yang ditunjukkan Manchester United selepas juara bertahan itu ditunjukkan jalan keluar oleh Derby County pada pusingan ketiga, Piala Liga hari ini. United disingkirkan kelab Liga Kejuaraan yang dibimbing bekas anak buah Mourinho, Frank Lampard menerusi penentuan sepakan penalti 7-8 selepas keputusan penuh berkesudahan 2-2. Permainan masa tambahan tidak diguna pakai musim ini, sekali gus memerlukan penentuan penalti digunakan apabila perlawanan terikat…










