KUALA LUMPUR 24 Sept. – Demokrasi tidak mengangkat kedudukan mana-mana bangsa walaupun ideologi itu memberikan pembahagian bidang kuasa kepada kepimpinan di dalam masyarakat. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain itu demokrasi berfungsi untuk menjamin kesamarataan hak serta kebebasan untuk semua rakyat. Pun begitu, Anwar Ibrahim menyatakan, itu tidak bermakna kerajaan, dalam mengamalkan demokrasi akan mengabaikan semua pentimbangan terhadap kepentingan kaum dan agama. Beliau memberi contoh, walaupun bahasa Melayu…










