PRESIDEN Persatuan Karate-Do Pahang (Karapah), Kevin Ramesh memohon campur tangan daripada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk menangani polemik antara pihaknya dengan Persekutuan Karate Malaysia (Makaf) secepat mungkin. Kevin menyifatkan ia satu-satunya cara bagi menyelesaikan isu penggantungan sementara Karapah oleh Makaf sejak 1 Jun 2017, sekali gus menjejaskan ahli-ahli persatuan berkenaan untuk mengundi dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa Makaf hujung bulan depan. “Kami menerima surat daripada Makaf…










