NAMA Faizal Ismail dan Fara Fauzana memang tidak perlu diperkenalkan lagi. Celoteh mereka ketika bersama-sama menjadi penyampai radio di konti Hot FM suatu ketika dahulu masih lagi melekat di hati sebilangan pengikut mereka meskipun lima tahun sudah berlalu. Mungkin ramai sudah tahu dan mungkin juga yang tidak mengetahui, Faizal dan Fara kembali bersatu menerusi pelancaran platform digital, DBilique yang mula bersiaran pada 19 Julai tahun lalu dengan nama lama, FBI…










