DAP kekal mahu Akta Hasutan dimansuh - Utusan Malaysia

DAP kekal mahu Akta Hasutan dimansuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Sept. – DAP tetap dengan pendirian mahu Akta Hasutan 1948 dimansuhkan, kata Timbalan Pengerusi partinya Gobind Singh Deo.

GOBIND SINGH DEO

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, pemansuhan Akta Hasutan adalah sebahagian daripada menifesto Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Akta Hasutan itu mudah terdedah dan senang disalahguna. Ia digunakan sebagai senjata politik untuk menyekat ahli politik di Malaysia.

“Kami secara konsisten meminta agar ia dimansuhkan dan pendirian itu kekal,” katanya dalam hantaran Facebook dan Twitter beliau hari ini.

Dalam pada beliau bersetuju agar tindakan perlu diambil ke atas bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar atas apa yang dianggap sebagai dakwaan yang keterlaluan dan tidak berasas yang dilontarkan terhadap pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, Gobind Singh berkata, pembetulan tidak perlu dibuat bagi Akta Ha­sutan untuk tujuan itu.

Kenyataan Timbalan Pengerusi DAP itu dikeluarkan berikutan kritikan terhadap DAP yang secara tidak konsisten dalam menggesa agar siasatan hasutan diambil terhadap bekas KPN.

Anggota Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh yang juga pengerusi biro undang-undang kebangsaan DAP dan memangku peguam undang-undang kepada Lim, meminta polis agar menyiasat Hanif di bawah Akta Hasutan 1948. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini