DAP hormat keputusan PKR kosongkan kerusi - Utusan Malaysia

DAP hormat keputusan PKR kosongkan kerusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG – Parti DAP menghormati keputusan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengosongkan satu kerusi Parlimen pada minggu depan bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding. 

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, ia adalah keputusan dan hak PKR untuk berbuat demikian. 

“Ini terpulang kepada PKR. Kita hormati keputusan pimpinan parti itu dan akan menunggu mereka membincangkan perkara itu dengan kami,” katanya semasa ditemui selepas menghadiri Program Taklimat dan Penerangan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) di Dewan Perniagaan Cina Bentong di sini hari ini.

Spekulasi mengenai kerusi Parlimen dikosongkan itu disahkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli namun mereka masih mengunci mulut tentang mana satu kerusi yang dimaksudkan.   

Pada ceramah #REFORMASI 20 TAHUN di Kota Bharu, Kelantan Rafizi dilaporkan berkata, tindakan itu sebagai sebahagian daripada usaha untuk menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN