Daniel Zhang ganti Jack Ma di Alibaba - Utusan Malaysia

Daniel Zhang ganti Jack Ma di Alibaba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING 10 Sept. – Alibaba Group Holdings hari ini mengumumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Daniel Zhang sebagai penganti Jack Ma yang merupakan Pengasas bersama dan Pengerusi syarikat tersebut.

Alibaba yang merupakan syarikat teknologi terbesar dunia berkata, Ma akan kekal dalam kedudukan sekarang sehingga 10 September tahun depan bagi memastikan peralihan berjalan lancar.

Ma yang merupakan bekas pengajar bahasa Inggeris di sebuah universiti di Hangzhou, China menubuhkan Alibaba pada tahun 1999 sehingga menjadi syairkat perusahaan internet terbesar di dunia.

Hari ini Ma yang genap berusia 54 tahun memiliki kekayaan peribadi berjumlah AS$40 juta. Menurut majalah perniagaan Forbes, Ma merupakan orang ketiga terkaya di China tahun lalu.

Media sebelum ini melaporkan Ma mahu bersara dan ingin memberi fokus terhadap kerja-kerja kebajikan dengan menubuhkan sebuah yayayan seperti yang dilakukan oleh Bill Gates.-Agensi

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN