Daim tidak akan dipanggil polis - Utusan Malaysia

Daim tidak akan dipanggil polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Sept.- Polis tidak akan memanggil Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (MPK), Tun Daim Zainuddin berhubung pendedahannya yang mendakwa dihubungi ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, kenyataan yang dibuat Daim tidak boleh diambil kira sebagai bukti terhadap siasatan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Kita tidak nampak ada keperluan untuk memanggil beliau, sebab bukan sebahagian daripada bukti.

“Sekarang kita masih lagi mengumpul bukti dan namanya (Jho Low) juga sudah disenaraikan dalam notis merah Interpol jadi tunggu sahajalah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan penutupan Seminar International Committee of Red Cross: Keselamatan Maritim, di sini hari ini.

Tun Daim sebelum ini pernah memberikan kenyataan beliau ‘secara kasar’ tahu di mana Jho Low berada.

Beberapa hari lalu, Daim memberitahu sering dihubungi ahli perniagaan terbabit dalam sebuah rancangan temu bual Eksklusif Soal Rakyat terbitan TV3 baru-baru ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN