MUAR 3 Sept. – Polis menahan sepasang suami isteri bersama-sama dua anak mereka berserta sejumlah dadah yang bernilai RM1.37 juta di sebuah rumah di Taman Permata Indah, Sungai Abong di sini Khamis lalu. Suspek berusia 44 tahun dan isterinya berusia 42 tahun turut memiliki dua rekod lampau berkaitan dadah di Batu Pahat pada 2013, manakala dua anak lelaki mereka berusia 16 dan 17 tahun masih bersekolah. Ketua Polis daerah, Asisten…










