Budaya menikmati sarapan, makan tengah hari dan makan malam di dalam kabus asap rokok, asap vape dan shisha adalah satu perkara biasa di restoran, kedai makan atau gerai di negara ini. Walaupun merasa tidak selesa dan benci dengan suasana sedemikian, pengunjung yang bukan perokok tidak ada pilihan kerana hampir kesemua premis makanan membenarkan pelanggan merokok. Sementelah lagi kalau premis tersebut menjadi tempat lepak menonton siaran langsung bola sepak pada malam…









